![]() |
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN WISMA PENDIDIKAN, 1927 P, JALAN ALSAGOFF, 82000 PONTIAN, JOHOR DARUL TAKZIM. |
TEL: 07-6871677 FAX: 07-6870580 |
HAJI ZAINAL BIN NONG
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata sempena pelancaran Homepage Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lok Yu (2), Benut di Internet. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program ini. Pelancaran Homepage Sekolah Lok Yu (2) ini menunjukkan wujudnya sikap yang positif dan proaktif di kalangan staf sekolah Lok Yu (2). Masyarakat bermaklumat amat penting untuk kita menjadi peneraju dalam era Teknologi Maklumat seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri : " Computer literacy is a must, if we want to progress and delevop. No effort must be spared in the creation of an information-rich Malaysia society." Sesungguhnya, banyak perubahan-perubahan positif sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita dengan wujudnya teknologi maklumat. Kerajaan Malaysia sedang melancarkan satu reformasi Sistem Pendidikan Malaysia dengan menggunakan Teknologi Multimedia. "Sekolah Bestari" telah dipilh untuk meminpin perkembangan MSC. Sekolah Bestari bertujuan membentuk pemikiran generasi baru kita untuk bersedia menerima cabaran era Teknologi Maklumat. sekolah seluruh negara perlu bersedia untuk perubahan ini.
Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya.
Sekian, terima kasih. " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA " " TEKNOLOGI KE ARAH PENDIDIKAN BESTARI"
Saya yang menurut perintah,
|
Ke Laman Utama | Kata Alu-Aluan GB | LJPS | PIBG |
VIsi & Misi | Sejarah | UPSR | Ko-Kurikulum |